Sunday 1 December 2013

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.


Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.


Kereta yang dinaiki Paul Walker hangus terbakar selepas terlibat kemalangan.

Paul Walker meninggal ada usia 40 tahun.


Bersama crew filem Fast & Furious.


Laman twitter turut memberitahu peminat Paul Walker tentang kematian akibat kemalangan tragik.

Admin Facebook Paul Walker mengesahkan kematian pelakon itu.

Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.

Bomba memadam kebakaran dari kereta itu.






Keadaan kereta Paul Walker sebelum kemalangan.


Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita.

Adakah ini berita benar atau cuma berita promosi? Kita tunggu nanti.

Lana Nordin hipokrit

Lana Nordin yang nampaknya seorang yang hipokrit apabila mengatakan bahawa dia sedia untuk bertudung selepas menjadi kekasih kepada Johan Asari.

Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-
Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!

Lana Nordin yang terkenal kerana gambar seksinya yang menular di Internet nampaknya menyatakan bahawa seolah-olah dia bertaubat kerana cinta.



Ramai menyatakan bahawa ini ialah kuasa cinta tetapi ramai peminat juga menyatakan bahawa ini membuktikan bahawa Lana Nordin seorang yang hipokrit dan gila glamer!

Adakah Shila Amzah pernah tidur dengan Johan?

Semakin hangat nampaknya isu antara Shila Amzah, Johan Asari, dan Lana Nordin.
Shila Amzah nampaknya menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa kecewanya atas hubungan Johan dan Lana. Itu dilakukan melalui status "memujuk" ibu Johan Asari.





Ramai pihak percaya bahawa tindakan Shila Amzah yang seperti seekor ayam kehilangan anaknya dan menyebabkan riuh sekampung adalah kerana Shila Amzah mungkin telah kehilangan dara nya pada Johan Asari. Para peminat juga kebanyakan meluat dengan perangai Shila Amzah yang seolah-olah tidak tahu malu.



Adakah ini betul atau cuma gossip sesama artis? Hanya Johan dan Shila Amzah yang tahu.