Pelakon siri Fast
Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah
kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam
yang lalu.
Paul yang terkenal
dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT
baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan
yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Turut meninggal di
dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal
pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah
pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan
Haiyan di Filipina.
Kereta yang dinaiki Paul Walker hangus terbakar selepas terlibat kemalangan.
Paul Walker meninggal ada usia 40 tahun.
Bersama crew filem Fast & Furious.
Laman twitter turut memberitahu peminat Paul Walker tentang kematian akibat kemalangan tragik.
Admin Facebook Paul Walker mengesahkan kematian pelakon itu.
Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.
Bomba memadam kebakaran dari kereta itu.
Keadaan kereta Paul Walker sebelum kemalangan.
Kematian beliau
sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk
Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn
(lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.
Adakah ini berita benar atau cuma berita promosi? Kita tunggu nanti.
No comments:
Post a Comment